Kursus Perniagaan Cendawan

3 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Disember 2023, bertempat di Pusat Ekonomi Digital ( PEDi ) Paya Jakas, telah berlangsung Kursus Cendawan anjuran bersama UiTM Segamat Johor bertujuan untuk membantu penduduk Kampung Paya Jakas untuk menjana pendapatan dengan menjual cendawan.

Disamping itu juga, dengan adanya Program bersama UiTM ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara penduduk kampung. Di antara yang terlibat adalah PEDi Paya Jakas, UiTM Segamat Johor dan Penduduk Kampung Paya Jakas.

Kursus ini berlangsung selama 4 jam bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali